ARTETA, Bruce dan Wilder berada dalam tekanan selepas prestasi kurang memberangsangkan pasukan masing-masing. FOTO AFP
ARTETA, Bruce dan Wilder berada dalam tekanan selepas prestasi kurang memberangsangkan pasukan masing-masing. FOTO AFP
AFP

London: Pemecatan Slaven Bilic oleh West Brom minggu lalu menjadikan beliau sebagai pengurus pertama yang mengucapkan selamat tinggal selepas enam musim di Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula ketika membimbing Cardiff City 18 perlawanan menggantikan Neil Warnock pada 2014.

Pemecatan berikutnya mungkin akan berlaku tidak lama lagi dengan beberapa pengurus berada dalam keadaan tertekan.

Selepas berjaya membawa Arsenal muncul juara Piala FA musim lalu dan berjaya mengalahkan Liverpool dalam perebutan Perisai Komuniti, Arsenal dilihat mempunyai harapan cerah di bawah bimbingan Mikel Arteta yang menggantikan Unai Emery.

Bagaimanapun, menjelang pertemuan sukar di laman sendiri berdepan seteru London, Chelsea awal pagi Ahad ini, hari yang cerah menjadi sebagai gelap dan bekas ketua pasukan Gunners itu berdepan situasi tidak menentu selepas setahun lebih mengambil alih.

Pengendali berusia 38 tahun itu mencatat permulaan buruk buat Arsenal sejak musim 1974/75 mereka hanya menjaringkan 12 gol dan empat mata di atas zon penyingkiran.

Steve Bruce pula yang sudah berpengalaman dalam situasi naik dan turun sebagai pengurus, dilihat berada dalam keadaan bahaya apabila Newcastle tersingkir di suku akhir Piala Liga kalah dengan pasukan divisyen dua, Brentford.

The Magpies sekarang ini berada di tangga ke-12 liga.

Bagaimanapun, dengan menentang Manchester City awal pagi Ahad dan menanti kehadiran Liverpool beberapa hari kemudian jurang lapan mata dengan zon penyingkiran dijangka akan semakin mengecil.

Bilic tidak sepatutnya menjadi pengurus pertama dipecat kerana ada lagi yang lebih teruk berbandingnya iaitu Chris Wilder dari Sheffield United.

Pihak pengurusan tertinggi The Blades masih mempercayai Wilder walaupun mereka mencatatkan permulaan paling teruk dalam sejarah EPL iaitu hanya memungut dua mata setakat ini.

Wilder berdepan tugas berat di laman sendiri apabila menanti kunjungan Everton awal pagi Ahad tapi pihak pengurusan tertinggi mungkin akan hilang sabar jika mereka gagal meraih sebarang mata di Burnley Rabu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 12:43 PM