ARTETA (tengah) gembira selepas anak buahnya berjaya mengalahkan Chelsea 3-1. FOTO Agensi
ARTETA (tengah) gembira selepas anak buahnya berjaya mengalahkan Chelsea 3-1. FOTO Agensi
AFP

London: Arsenal meredakan ketakutan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mengurangkan tekanan Mikel Arteta apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Chelsea awal pagi tadi.

Sebelum bermula pasukan bimbingan Arteta hanya dipisahkan dengan tiga mata dari zon penyingkiran apabila mencatat permulaan terburuk sejak 1974-75.

Sementara itu, Manchester City merapatkan jurang lima mata dengan pendahulu EPL, Liverpool apabila jaringan daripada Ilkay Gundogan dan Ferran Torres menyaksikan mereka dapat menumpaskan Newcastle 2-0 di Stadium Etihad.

Everton pula melonjak ke tangga kedua, dua mata di belakang Liverpool dengan mencatat kemenangan 1-0.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 7:50 AM