PEMAIN tengah Belanda Frenkie De Jong (depan) mengekang pemain Peranvcis, Tanguy Ndombele. FOTO/AFP
PEMAIN tengah Belanda Frenkie De Jong (depan) mengekang pemain Peranvcis, Tanguy Ndombele. FOTO/AFP
AFP

ROTTERDAM: Belanda berpeluang ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menewaskan Perancis 2-0 awal pagi tadi, kekalahan pertama skuad kendalian Didier Deschamps sejak menjulang Piala Dunia.

Ledakan Georginio Wijnaldum pada penghujung babak pertama dan penalti Memphis Depay pada masa kecederaan membolehkan anak buah Ronald Koeman melakar kemenangan dengan Belanda hanya memerlukan satu mata menentang pasukan yang sudah tersingkir, Jerman pada awal pagi Selasa untuk mengatasi Perancis dan mara ke separuh akhir.

Belanda kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Perancis dan hanya memerlukan seri dalam aksi terakhir untuk membolehkan mereka ke saingan kalah mati.

Jaringan Wijnaldum hadir selepas tuan rumah mendominasi perlawanan, merencanakan kebangkitan selepas gagal layak ke Piala Dunia.

Mereka mengatasi juara dunia itu yang kurang konsisten sejak awal dan hanya dinafikan kemenangan lebih besar susulan kecemerlangan penjaga Hugo Lloris.

"Kemenangan ini menunjukkan semangat pasukan serta kualiti pemain yang kami ada," kata Depay.

"Ia menunjukkan masa depan yang cerah, kami perlu terus seperti ini. Ini hanya permulaan."

Peluang terbaik anak buah Deschamps adalah menerusi tandukan lemah Antoine Griezmann pada minit ke-10 yang gagal beraksi cemerlang bersama- Kylian Mbappe.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 8:41 AM