DEPAY (tengah) jaring gol kedua Belanda. -Foto REUTERS
DEPAY (tengah) jaring gol kedua Belanda. -Foto REUTERS
AFP

PARIS: Belanda hanya memerlukan satu mata ketika berdepan Jerman pada Selasa ini untuk layak ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, selepas merakam gemilang menundukkan juara dunia, Perancis 2-0, kelmarin.

Kemenangan penuh bergaya Belanda itu ‘menghadiahkan’ kekalahan pertama kepada skuad kendalian Didier Deschamps, sejak menjulang trofi Piala Dunia di Russia.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu hanya memerlukan keputusan seri menentang Jerman yang sudah tersingkir awal, untuk mengatasi Perancis dan mara ke separuh akhir.

Mereka hanya satu mata ketinggalan (enam mata) di belakang pendahulu, Perancis (tujuh mata) yang memerlukan keputusan seri bagi layak ke pusingan kalah mati pada perlawanan terakhir kumpulan kelmarin, tetapi ia gagal dilakukan.

“Saya tidak menjangkakan perlawanan sempurna daripada pasukan kami tetapi itulah yang terjadi. Kami sangat sangat bagus,” kata Koeman.

“Saya terkejut dengan barisan pemain Perancis dan cara mereka bermain, tetapi permainan kami sempurna. Kami mendominasi permainan sepanjang 90 minit.

“Kemenangan ini menunjukkan semangat pasukan, pemain berkualiti yang kami ada,” kata Memphis Depay.

“Ia menunjukkan kami ada masa depan yang cerah, kami perlu terus kekal begini. Ia hanya permulaan.”

Cubaan paling hampir skuad kendalian Deschamps ialah sekadar cubaan lemah menerusi tandukan minit ke-10 oleh Antoine Griezmann dengan Kylian Mbappe tenggelam dalam perlawanan.

“Ada pasukan dengan keinginan lebih (untuk menang) dan kami tidak cukup,” kata Deschamps.

“Ada jurang yang jelas antara kedua-dua pasukan dan mereka berhak menang... Kami tidak berada di tahap terbaik dan tidak menunjukkan kekuatan diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 8:24 AM