SWANSEA (kanan) akan melayan kunjungan United. -Foto Agensi
SWANSEA (kanan) akan melayan kunjungan United. -Foto Agensi
AFP

LONDON: Manchester United perlu bertandang ke selatan Wales dalam laluan mempertahankan trofi Piala Liga Inggeris apabila mereka diundi bertemu Swansea pada pusingan keempat.

Anak buah Jose Mourinho mengalahkan kelab Liga Kejuaraan, Burton 4-1 di Old Trafford awal pagi tadi untuk memastikan kunjungan ke Stadium Liberty bagi aksi 16 terakhir hujung bulan depan.

Juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea, yang menang 5-1 ke atas Nottingham Forest awal pagi tadi, akan melayan kunjungan Everton ke Stamford Bridge.

Tottenham menanti jiran London, West Ham di Wembley manakala Manchester City berdepan kelab Liga Kejuaraan, Wolves di Etihad.

Arsenal turut melayan lawan dari Liga Kejuaraan di Stadium Emirates apabila diundi menentang Norwich.

Crystal Palace pasti bimbang mengenai kejutan apabila mereka bertandang ke kelab divisyen dua Bristol City, Leicester menjadi hos kepada kelab Liga Kejuaraan, Leeds, yang menewaskan Burnley awal pagi tadi manakala Bournemouth berdepan Middlesbrough di laman sendiri.

UNDIAN PUSINGAN KEEMPAT PIALA LIGA

Tottenham mln West Ham

Bristol City mln Crystal Palace

Swansea mln Manchester United

Arsenal mln Norwich

Chelsea mln Everton

Manchester City mln Wolves

Leicester mln Leeds

Bournemouth mln Middlesbrough

* Perlawanan pada minggu bermula 23 Oktober

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 11:49 AM