LONDON: Saingan Piala FA bakal menemukan antara dua pasukan paling berjaya dalam saingan berprestij ini seawal pusingan keempat, apabila Arsenal dijadualkan menjadi tuan rumah kepada Manchester United di peringkat 32 terakhir.
Pusingan keempat itu juga menyaksikan juara Liga Perdana, Manchester City berdepan Burnley di laman sendiri, manakala Tottenham bakal berkunjung sukar ke Crystal Palace.
Penyandang juara Piala FA, Chelsea dilihat mempunyai peluang lebih baik apabila dijadualkan melayan Sheffield Wednesday atau Luton yang terpaksa beraksi di Stamford Bridge
Wolves yang menyingkirkan Liverpool 2-1 sebentar tadi akan menanti pemenang antara Shrewsbury atau Stoke City.
Pertarungan itu dijadualkan berlangsung antara 25 dan 28 Januari ini.
INFO: KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FA
Swansea lwn Gillingham
AFC Wimbledon lwn West Ham
Shrewsbury atau Stoke lwn Wolves
Millwall lwn Everton
Brighton v West Brom
Bristol City lwn Bolton
Accrington lwn Derby atau Southampton
Doncaster lwn Oldham
Chelsea lwn Sheffield Wednesday atau Luton
Newcastle atau Blackburn lwn Watford
Middlesbrough lwn Newport
Manchester City lwn Burnley
Barnet lwn Brentford
Portsmouth lwn QPR
Arsenal lwn Manchester United
Crystal Palace lwn Tottenham