Pengendali Aston Villa, Steven Gerrard. FOTO AFP
Pengendali Aston Villa, Steven Gerrard. FOTO AFP
AFP

London: Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard akan mengetuai skuad kendaliannya Aston Villa ke Old Trafford berdepan Manchester United bagi pusingan ketiga Piala FA dalam undian yang diadakan hari ini.

Manakala tiga lagi pasukan gergasi Liga Perdana, Chelsea, Liverpool dan Manchester City diundi bertemu wakil dari liga bawahan.

Villa menewaskan United, 1-0 di gelanggang lawan awal musim ini ketika di bawah kendalian Dean Smith sebelum Gerrard mengambil alih tempatnya untuk kembali ke saingan Liga Perdana.

Kelab Liga Kebangsaan, Chesterfield akan berkunjung ke gelanggang juara Eropah, Chelsea.

Sementara Liverpool melayan kunjungan Shrewsbury, manakala City berdepan pasukan Liga Dua, Swindon.

Penyandang juara, Leicester akan menentang Wolves sementara Leeds berkunjung ke West Ham dalam aksi membabitkan seteru Liga Perdana.

Perlawanan dijadualkan berlangsung dari 7-10 Januari depan.

Undian penuh Piala FA:

Boreham Wood/St Albans mln AFC Wimbledon

Yeovil mln Bournemouth

Stoke mln Leyton Orient

Swansea mln Southampton

Chelsea mln Chesterfield

Liverpool mln Shrewsbury

Cardiff mln Preston

Coventry mln Derby

Burnley mln Huddersfield

West Brom mln Brighton

Kidderminster mln Reading

Leicester mln Watford

Mansfield mln Middlesbrough

Hartlepool mln Blackpool

Hull mln Everton

Bristol City mln Fulham

Tottenham mln Morecambe

Millwall mln Crystal Palace

Port Vale mln Brentford

Swindon mln Man City

Wigan mln Blackburn

Luton mln Harrogate

Birmingham mln Plymouth

Man United mln Aston Villa

Wolves mln Sheffield Utd

Newcastle mln Cambridge

Barnsley mln Ipswich/Barrow

Peterborough mln Bristol Rovers

West Ham mln Leeds

QPR mln Rotherham

Charlton mln Norwich

Nottingham Forest mln Arsenal

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 7:59 AM