RENIEWICKI (kiri) menguasai perlumbaan di Iowa. FOTO Agensi
RENIEWICKI (kiri) menguasai perlumbaan di Iowa. FOTO Agensi
AFP

Washington: John Reniewicki dari Amerika Syarikat (AS) memecahkan rekod kejohanan berusia 40 tahun dalam acara 1,500 meter (m) lelaki dan Cindy Sember dari Britain merangkul emas 100m lari berpagar wanita di Drake Relays ke-114.

Reniewicki memenangi 1,500m dalam masa 3:36.44 saat (s) untuk mengatasi catatan lama 3:38.27s yang ditetapkan pada tahun 1984 oleh rakan senegaranya, Steve Scott dalam saingan olahraga tahunan klasik di Des Moines, Iowa.

"Memecahkan rekod lama pada kejohanan bersejarah ini menjadikan ia lebih menyeronokkan," kata Reniewicki, yang menewaskan naib juara AS, Vince Ciatti dengan kelebihan 13s.

Cindy pula muncul juara dengan catatan 12.59s menewaskan wakil Jamaica, Demisha Roswell (12.68s) dalam aksi awal untuk persiapan Sukan Olimpik Paris.

"Saya sangat gembira. Ia masih awal tetapi saya bersyukur dapat rental perlumbaan dan pulang dengan kemenangan hari ini.

"Saya membina kekuatan saya di gimnasium tahun ini. Saya hanya akan terus mengusahakannya dan menjadi lebih baik," kata Cindy.

Sementara itu, jaguh tempatan Lolo Jone, yang berusia 41 tahun menduduki tempat kelima dengan catatan 13.10s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 11:58 AM