GAYA semi formal apabila dipadan dengan tali leher.
GAYA semi formal apabila dipadan dengan tali leher.
Oleh Nurul Husna Mahmud


APABILA anda mengenakan kemeja-T kosong atau dress yang polos ke majlis formal atau hadir atas urusan rasmi, menyarungkan kardigan adalah pilihan yang selamat.

Namun tidak bermakna tindakan anda mengenakan sebarang kardigan, penampilan itu lebih baik berbanding gaya asal jika mengabaikan aspek tertentu.

Sebaiknya kenal dulu jenis atau padanan kardigan yang sesuai sebelum memutuskan keluar bertemu klien mahupun kenalan.

Contohnya penggayaan padanan gaun potongan labuh berbunga dengan kasut bertumit bersesuaian dengan kardigan potongan kosong.

Setidaknya anda memberi sedikit sentuhan formal dalam gaya kontemporari mahupun 'boho' membuatkan individu yang ditemui lebih selesa.

Panduan atau tip berdasarkan pemakaian kardigan:

PADANAN betul bagi gaya kardigan boleh tonjolkan penampilan.
PADANAN betul bagi gaya kardigan boleh tonjolkan penampilan.

1. Pilihan labuh yang sesuai mengikut gaya dipilih

Contohnya pada pemakai Muslimah, kardigan potongan labuh seperti menutupi pinggul apabila dipadankan dengan gaun labuh bercorak membuatkan penampilan lebih ayu.

Selain itu apabila digayakan bersama blaus potongan payung pada kardigan singkat memberi imej lebih kemas apabila disesuaikan dengan slack.

2. Potongan kardigan kolar V

Bagi lelaki selalunya ada potongan sebegini yang boleh ditambah dengan aksesori tali leher atau 'bowtie.'

3. Elak mengenakan butang penuh

Gaya yang lebih sofistikated dan tidak tampak terlalu 'rigid,' kenakan butang separuh daripada sepatutnya.

Anda boleh memilih gaya mengenakan di bahagian atas sahaja atau sebahagian bawah kardigan.

WARNA lebih gelap memberi visual lebih langsing
WARNA lebih gelap memberi visual lebih langsing

4. Motif dan corak disesuaikan mengikut badan

Seperti formula pilihan pakaian atau busana lain, kardigan bunga besar atau motif yang sarat elak digayakan pada mereka bersosok gempal.

Begitu juga dalam pemilihan warna, sebaiknya warna yang gelap untuk berfigura besar sementara yang potongan langsing pilihan warna terang.

NAMPAK lebih sofisikated dengan pemakaian kardigan di luar.
NAMPAK lebih sofisikated dengan pemakaian kardigan di luar.

5. Jenis fabrik ikut kesesuaian tubuh

Kardigan kain tipis seperti batik, kain kapas sesuai untuk berbadan gempal berbanding jenis jersi atau benang bulu.

Konsepnya ringkas, lagi tebal fabrik lagi besar visual tubuh apabila mengenakan kardigan

terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 6:51 AM