RANGGI jaket kulit bersama skirt ‘mesh’.
RANGGI jaket kulit bersama skirt ‘mesh’.
Nurul Husna Mahmud


MENGHAMPIRI penghujung 2019 lalu, skirt atau gaun 'mesh' mula mendapat perhatian terutama dalam kalangan gadis sehinggalah wanita berusia pertengahan 30-an.

Gaya itu dilihat sebagai menonjolkan estetik pengayaan 'urban chick' atau jiwa wanita di kota metropolitan bersandarkan rekaan atau potongan skirt itu terkini.

Keistimewaan mengenai potongan busana 'mesh' ialah dua kombinasi gaya dalam satu skirt iaitu potongan pada bahagian pinggang ke bawah dengan dua lapisan material berbeza.

Biasanya material di bahagian luar digunakan lebih jarang dan lapisan yang dipanggil 'mesh' untuk gaya terkini, fabriknya menampilkan perincian lebih kasar dengan lubang lebih besar.

Bagi lapisan dalam skirt selalunya material tegap atau tidak jarang.

Tingkat atau aras skirt bagi kedua-dua, semestinya luar lebih labuh dan dalam terdapat pilihan sama ada lebih pende

k atau sama membuatkan ia boleh digayakan bersama jaket panas ataupun blaus mahupun kemeja-T biasa.

Penggayaan bersama padanan dan aksesori yang betul membantu memberi pesona sesuai untuk gaya kasual jalanan ataupun menghadiri majlis.

Justeru tip penggayaan kali ini memberi padanan mengenai kombinasi aksesori termasuk baju atas atau 'top' yang sesuai untuk dikenakan bersama potongan unik skirt 'mesh.'

UNIK padanan skirt ‘mesh’.
UNIK padanan skirt ‘mesh’.

1. Jaket kulit

Jaket kulit antara padanan sesuai terutama bagi skirt 'mesh' berwarna hitam.

Tidak kisah potongan jenis 'top' dikenakan di bawah jaket atau kot tertentu boleh membuatkan gaya 'mesh' kasual tampak formal dengan pilihan skirt itu berwarna gelap.

2. But

Potongan skirt 'mesh' jarang di luar dan singkat di dalam membuatkan ia kelihatan begitu ranggi apabila dikenakan bersama kemeja-T atau blaus potongan boho.

Aksesori untuk seimbangkan gaya itu ialah but kulit separas buku lali membuatkan ia tampak gaya seperti artis luar negara.

Tetapi, gaya itu masih sesuai untuk lapangan kerja semi formal selain tidak mempunyai kot pakaian tertentu.

TURUT tampil dalam satu helai busana seperti gaun labuh.
TURUT tampil dalam satu helai busana seperti gaun labuh.

3. Top atau baju atas

Bagi gaya ini, paling selamat ialah kemeja-T atau blaus potongan leher V kerana potongan unik perlu pilihan baju atas lebih minimalis.

Biasanya gaya 'mesh' dipadankan bersama baju panas kait atau fabrik bulu benang.

Ia membantu memberi

gaya sofistikated dan elegan dalam penggayaan cukup sederhana apatah lagi digayakan bersama stiletto kulit muka penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 6:52 AM