TAMPAK ranggi apabila blaus potongan panjang digayakan dengan seluar. FOTO Ihsan Lily Hosey
TAMPAK ranggi apabila blaus potongan panjang digayakan dengan seluar. FOTO Ihsan Lily Hosey
Nurul Husna Mahmud

KOLEKSI DARE yang diperkenalkan Lily Hosey mengetengahkan 10 set pakaian daripada blaus sehingga gaun labuh bagi kesesuaian pemakai berbadan besar.

Sesuai dengan nama koleksi itu yang bermaksud berani, Lily yang juga aktivis itu mahu wanita mengenakan koleksi berkenaan tampil yakin dalam pemakaian serba putih.

"Kelainan koleksi ini daripada mana-mana busana khusus untuk wanita berbadan besar ialah lebih versatil, bergaya dan mempunyai perincian mampu menonjolkan sosok tubuh mereka dengan menarik.

"Ia berbeza dengan kebanyakan pilihan busana di pasaran untuk golongan ini yang selalunya berwarna gelap, bermotif kurang menarik selain potongan 'makcik-makcik'.

NAMPAK sopan meskipun mengenakan potongan berfesyen. FOTO Ihsan Lily Hosey
NAMPAK sopan meskipun mengenakan potongan berfesyen. FOTO Ihsan Lily Hosey

ELEGAN potongan blaus beropol dengan kain berjalur menegak memberi ilusi badan menarik. FOTO Ihsan Lily Hosey
ELEGAN potongan blaus beropol dengan kain berjalur menegak memberi ilusi badan menarik. FOTO Ihsan Lily Hosey

"Dalam saya memberi opsyen lebih baik mengenai pilihan rekaan untuk wanita berbadan besar, saya juga dapat memberi kesedaran mengenai konsep pemakaian sering dinafikan untuk golongan terbabit.

"Antaranya tidak boleh memakai warna terang terutama putih, rekaan dikenakan wanita kurus tidak sesuai selain pemakai yang tidak yakin dengan badan sendiri," katanya.

Lily turut memberi kebebasan kepada pelanggan istimewa untuk membuat padanan mengenai gaya mana yang selesa buat mereka.

"Saya menawarkan untuk sepasang dan ada juga menjual secara berasingan bagi pakaian atas atau bawah sahaja. Pelanggan boleh berseronok atau bereksperimental mengenai gaya mana yang sesuai dengan mereka.

‘CHEEKY’ gaya pada gaun paras lutut. FOTO Ihsan Lily Hosey
‘CHEEKY’ gaya pada gaun paras lutut. FOTO Ihsan Lily Hosey

"Ini kerana rekaan ditampilkan pelbagai termasuk gaya 'fit' (mengikut tubuh) atau potongan longgar untuk mereka yang mahu gaya lebih sopan atau berhijab.

"Saya tidak memfokuskan pemakai Melayu sahaja, sebaliknya lebih bersifat universal atau terbuka untuk digayakan sesiapa sahaja memiliki tubuh besar," katanya.

Mengenai perincian yang ada, kata Lily keistimewaan koleksi ini terletak pada kemasan ditekankan di bahagian pinggang untuk memberi ilusi potongan badan menarik.

Menambah gaya, kemasan berupa tali pinggang dipanggil 'loop' ada dijual berasingan boleh dibeli untuk dipakai bersama busana tertentu dalam koleksi berkenaan.

GAUN labuh untuk mereka yang lebih konvensional. FOTO Ihsan Lily Hosey
GAUN labuh untuk mereka yang lebih konvensional. FOTO Ihsan Lily Hosey

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 6:30 AM