JAECOO J7 didatangkan dengan pelbagai ciri keupayaan laluan lasak yang terbaik berbanding SUV yang lain. Foto - JAECOO
JAECOO J7 didatangkan dengan pelbagai ciri keupayaan laluan lasak yang terbaik berbanding SUV yang lain. Foto - JAECOO
Syamirul Hakimi Ismail

Tampil dengan identiti tersendiri, JAECOO memilih Malaysia sebagai negara Asia Tenggara pertama bagi melancarkan kenderaan SUV 'off-road' mereka iaitu Jaecoo J7 pada separuh pertama 2024.

Bagi menyokong pelancaran J7 di Malaysia, lebih dari 30 pusat pengedar JAECOO  sudah pun tersedia di seluruh negara. Ini bermakna pelanggan lebih mudah untuk mencari pusat pengedar dan mendapatkan khidmat selepas jualan di lokasi terdekat.

Dengan rangkaian pengedar yang luas, JAECOO menunjukkan komitmen mereka dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

Disasarkan buat golongan profesional muda dalam segmen premium, model J7 tampil dengan ciri rekaan yang lebih maskulin dan ranggi.

J7 turut diuji dengan keupayaan tahan lasak di pusat latihan 'off-road' bertaraf dunia di Pusat Latihan dan Pengalaman Pacuan Empat Roda (4WD) Malaysia (M4TREC). Pengujian ini bertujuan menonjolkan kehebatan Sistem Pintar Pemanduan Semua Laluan (ARDIS) yang hadir dengan tujuh mod terrain.

Dengan adanya ciri canggih ARDIS, J7 diyakini mampu melalui pelbagai jenis permukaan jalan raya, termasuk laluan 'off-road' yang mencabar.

Seperti sedia maklum, J7 menggunakan enjin petrol 1.6 liter turbo persis kereta sport, dan memiliki 4 silinder. Enjin ini juga berkuasa 197 PS lebih kurang 194 kuasa kuda dan tork 290 Nm. 

Semua tenaga yang terhasil akan disalurkan ke tayar sama ada depan (FWD) atau semua tayar (AWD) menerusi transmisi automatik dwi-klac yang mempunyai tujuh kelajuan.

Berkenaan dimensi, ia mempunyai 4,500 milimeter (mm), 1,865 mm (lebar) dan 1,680 tinggi serta jarak antara roda 2,672 mm.

Dengan dimensi seperti ini, J7 menawarkan pemanduan yang mantap dan selesa untuk kegunaan harian.

Kemampuan J7 sebagai SUV tahan lasak

  1. J7 memiliki jarak 'clearance' tanah setinggi 200 mm, membolehkannya meredah jalan berbatu atau tidak rata dengan mudah.
  2. Dengan kemampuan 'wading depth' hingga 600 mm, J7 mampu melampaui banjir dengan lebih mudah berbanding SUV biasa.
  3. J7 dilengkapi kapasiti tundaan maksimum hingga 1,350 kg.
  4. Pengguna dapat membawa barang tambahan di atas bumbung J7 berkapasiti muatan maksimum sehingga 75 kg.
  5. Ruang bagasi yang lebih besar, berkapasiti 424 liter sesuai untuk perjalanan jauh.

Senarai kelengkapan yang terperinci masih belum dikeluarkan, namun kenderaan pra-tonton ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik.

Antara fungsi yang bakal dinikmati

  1. Paparan 'head-up' untuk pandu cermat.
  2. Kluster instrumen digital 10.25-inci.
  3. Tempat duduk depan berpendingin.
  4. Kawalan penghawa dingin depan dan belakang.
  5. Pintu bagasi elektrik.
  6. 'Sunroof' panoramik.

Bukan itu sahaja, terdapat 19 fungsi pemanduan pintar menerusi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) termasuk brek kecemasan automatik (AEB), peringatan keluar lorong, kawalan pelayaran adaptif dan pengawasan titik buta.

Rasai sendiri pengalaman imersif yang luar biasa pada 20 Julai 2024 hingga 21 Julai 2024 di KL Base, Sungai besi untuk acara perasmian JAECOO J7.

Pelbagai aktiviti menarik bakal menemui pelanggan selain tempat khas buat kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut klik pautan ini. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 11:26 AM