CITY Hatchback gaya kompak sporty.
CITY Hatchback gaya kompak sporty.
Lizam Ridzuan

SEBAGAI pengganti kepada model Honda Jazz, model City Hatchback menawarkan ciri yang sama, namun dengan lebih ciri praktikal sesuai buat kegunaan harian.

Sejak diperkenalkan pada penghujung 2021, ia menjadi pilihan buat mereka yang gemarkan ciri kenderaan hatchback, sporty serta lebih kompak.

Vroom berpeluang memandu uji model Honda City Hathcback daripada varian pertengahan V iaitu salah satu daripada 5 varian yang ditawarkan terdiri daripada S, E, V-Sensing dan RS.

Jika melihat kepada lima varian ini hanya RS sahaja dengan perbezaan enjin daripada hibrid e:HEV dan selainnya adalah aspirasi natural (NA) dengan 1,498cc 4 silinder DOHC i-VTEC.

Ia menawarkan kuasa 121PS pada 6,600rpm dan tork 145Nm pada 4,300rpm yang mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 195 kilometer/sejam (km/j).

 JARAK antara roda 2,600mm untuk lebih keselesaan.
JARAK antara roda 2,600mm untuk lebih keselesaan.

Sesuai dengan saiznya yang kompak, ia menawarkan prestasi lincah menerusi kotak gear CVT terutama ketika perjalanan di atas lebuh raya untuk menambah kuasa pecutan atau pun melalui kawasan bandar yang sibuk.

Menerusi satu tangki bahan api 40 liter, ia mencatatkan jangkaan penggunaan bahan api sekitar 450km.

Untuk pengendalian, ia didatangkan dengan suspensi hadapan MacPherson Strut dan belakang torsion beam bagi penulis adalah cukup selesa bagi pemanduan harian.

KABIN ciri elegan.
KABIN ciri elegan.

Meskipun hatchback dilihat sebagai kompak dengan saiz 4,345 milimeter (mm) lebar 1,748mm dan tinggi 1,488mm, namun ruang dalamannya tidak begitu.

Saiznya kompak menawarkan kelebihan pengendalian lebih lincah, namun dengan jarak roda 2,600mm ia menawarkan ruang kabin yang cukup baik terutama kepada penumpang belakang untuk mendapat ruang kaki yang dan kepala yang selesa.

ENJIN 1.5 liter i-VTEC.
ENJIN 1.5 liter i-VTEC.

Untuk varian V ia dengan kerusi dan kemasan dalaman kulit serta dengan ciri kerusi belakang Ultra Seat bagi penggunaan kabin lebih praktikal dan fleksibel membawa muatan lebih.

Ia didatangkan dengan ciri mod utiliti, panjang, refresh dan tinggi mengikut kesesuaian dan jenis barangan.

Ruang but seluas 289 liter serta jika kerusi bahagian belakang dijatuhkan membolehkan ia mencapai sehingga 841 liter hingga 1,189 liter.

Meskipun hatchback ia tidak terasa kecil malah seisi penumpang cukup selesa dengan kemudahan lain seperti dua pengecas USB, pending hawa automatik zon tunggal, sistem infotainmen bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Andoroid Auto serta Bluetooh serta lapan pembesar suara (empat untuk varian S dan E) untuk akustik yang baik sepanjang perjalanan.

CIRI Ultra-Seat.
CIRI Ultra-Seat.

Pada roda stereng terdapat butang audio, telefon bebas tangan (HFT), pedal gear dan sistem kawalan pelayaran dan pemandu serat untuk pemandu dengan kluster meter analog dan digital.

Untuk rekaan pada bahagian hadapan dengan lampu utama LED dengan lampu pancaran jauh automatik, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus, cermin sisi dengan lampu membelok serta pembuka pintu warna badan kenderaan.

Untuk pintu belakang dengan spoiler, perumah lampu belakang LED, antena sirip jerung dan Hatchback dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16 inci dengan saiz tayar 185/55.

Ciri keselamatan asas seperti enam beg keselamatan, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Amaran Berhenti Kecemasan (ESS), reverse sensor, ISOFIX, Bantuan Permulaan Bukit (HSA) dan Kamera LaneWatch Honda (LWC).

Secara keseluruhannya, Honda City Hatchback ini menawarkan kenderaan yang lincah namun penuh dengan elemen praktikal.

Disasarkan kepada golongan muda, varian V ini adalah yang sesuai buat yang mempunyai keperluan mobiliti pada bajet tertentu namun dalam masa mahukan sentuhan gaya premium.

Ciri kabin praktikal dengan ciri keselesaan selain pemanduan lancar dan gaya prestasi enjin i-VTEC bagi keperluan penggunaan perjalanan dengan penggunaan bahan api efisien.

Bentuk elemen sporty dan elemen keselamatan termaju antara yang dilengkapi menjadikan ia pilihan ideal untuk pelbagai keperluan.

BAHAGIAN belakang dengan spoiler pada pintu.
BAHAGIAN belakang dengan spoiler pada pintu.

Untuk varian S, E, V dan V-Sensing ia ditawarkan dengan warna putih, perak, kelabu, hitam dan merah serta model City Hatchback varian V ini ditawarkan pada harga RM91,900 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2023 @ 6:18 AM