PROTOTAIP Kenderaan Pengecas Mudah Alih.
PROTOTAIP Kenderaan Pengecas Mudah Alih.
Lizam Ridzuan


BMW Group Malaysia baru-baru ini, memperkenalkan Prototaip Kenderaan Pengecas Mudah Alih pertama di negara ini.

Ia bekerjasama dengan EV Connection (EVC) bagi memperkenalkan program bateri hayat kedua bagi membantu kenderaan yang kehabisan bateri di jalanan.

Ketua Komunikasi Korporat dan Kemampanan BMW Group Malaysia Sashi Ambi berkata, ia akan menggunakan semula bateri yang sudah berakhir hayatnya ini daripada kenderaan EV pengguna.

Katanya, bateri berkenaan akan kembali dalam ekosistem selepas kitaran hayatnya tamat.

"Ia bagi meneruskan penggunaannya selepas kitaran hayat bateri lengkap. Penggunaannya ini akan dipanjangkan semaksimum mungkin sebelum dilupuskan sepenuhnya," katanya.

Pengarah Teknikal EVC Dr Che Hang Seng berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif inovatif ini.

DILENGKAPI sistem pengecasan EV.
DILENGKAPI sistem pengecasan EV.

"Adalah menjadi harapan kami untuk mengurangkan kebimbangan jarak pemanduan dalam kalangan pemandu EV seterusnya menyumbang ke arah memacu revolusi mobiliti elektrik di Malaysia." katanya.

KAPASITI sistem sebanyak 20kWh.
KAPASITI sistem sebanyak 20kWh.

Prototaip Kenderaan Pengecas Mudah Alih ini beroperasi menggunakan 16 unit modul bateri BMW digunakan semula.

Bateri ini mempunyai Keadaan Kesihatan (SoH) kira-kira 70 peratus.

Kenderaan pengecas mudah alih ini juga mampu menjana kuasa untuk lapan rumah di zon bencana pada kapasiti penuh.

PENGGUNAAN 16 unit modul bateri BMW.
PENGGUNAAN 16 unit modul bateri BMW.

Program hayat kedua bateri adalah sebahagian daripada inisiatif 'RE: GENERATE BMW Group Malaysia' bertujuan untuk mengalihkan semua bateri EV yang tamat hayatnya untuk diperluaskan penggunaannya.

Peluang ini termasuk penyelesaian voltan tinggi seperti sebagai hab pengecasan bandar, menggerakkan 'generator' untuk komuniti di zon bencana serta membolehkan bekalan elektrik luar bandar sebagai perancangan pada masa akan datang.

BMW Group Malaysia perkenal prototaip bantu kenderaan EV ‘sadai’ di jalanan.
BMW Group Malaysia perkenal prototaip bantu kenderaan EV ‘sadai’ di jalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 6:20 AM