Lizam Ridzuan


BMW Malaysia memperkenalkan ahli baharu BMW X iaitu BMW X5 xDrive45e M Sport sebagai model elektrik terkini jenama itu yang dipasang di negara ini.

Melalui kempen Joy.Electrified by i, model kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium itu menyumbang 25 peratus jualan daripada 3,000 unit barisan BMW X pada tahun lalu dalam pasaran tempatan.

Ia juga antara model yang terlaris untuk pasaran dunia.

Ia dikuasakan dengan enjin 3.0 liter enam silinder bersama teknologi BMW eDrive dan transmisi sport lapan kelajuan Steptronic yang mampu menjana 286hp serta tork 450Nm.

Melalui kuasa elektrik, ia menambah 113hp dan 265Nm tork membolehkan pecutan dilakukan daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 5.6 saat.

Dengan pengecasan elektrik penuh, ia mampu mencapai jarak 77km dengan kelajuan tertinggi sekitar 135km/j.

BMW X5 xDrive45e M Sport baharu.
BMW X5 xDrive45e M Sport baharu.

Ciri lain yang menambah ketrampilan model ini ialah lampu hadapan adaptif LED dengan BMW Selective Beam selain pakej M Sport serta roda aloi bersaiz 20 inci.

Untuk ruang dalaman, ia tampil dengan BMW Live Cockpit Profesional serta Paparan Instrumen Digital bersaiz 12.3 inci selain monitor 10.2 inci untuk penumpang belakang.

Selain itu, ia dilengkapi roda stereng kulit M, kerusi kulit Vernasca, penyaman udara empat zon dan sistem bunyi Harman Kardon dengan 16 pembesar suara.

Ruang but seluas 500 liter sehingga 1,720 sebaik kerusi penumpang direbah menjadikan ia tampil sebagai kenderaan fleksibel untuk pelbagai tujuan.

 THE Boss tampil rekaan lebih kemas.
THE Boss tampil rekaan lebih kemas.

PAPAN pemuka dan ruang dalaman ciri teknologi.
PAPAN pemuka dan ruang dalaman ciri teknologi.

KERUSI belakang selesa dan fleksibel.
KERUSI belakang selesa dan fleksibel.

RUANG but sehingga 500 liter.
RUANG but sehingga 500 liter.

Pintu belakang dua bahagian juga memudahkan urusan membuka dan menutup tanpa sentuhan malah bahagian atas boleh dibuka secara automatik.

Empat warna ditawarkan iaitu Biru Phytonic, Hitam Sapphire, Putih Mineral dan Kelabu Artic.

Untuk pasaran Malaysia, BMW X5 xDrive45e M Sport baharu dijual pada harga bermula RM440,745 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan lima tahun pengeluar tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 8:00 AM