SHELL Select tawarkan kemudahan menunggu.
SHELL Select tawarkan kemudahan menunggu.
HPC pertama di Tangkak.
HPC pertama di Tangkak.
Lizam Ridzuan


PENGENALAN model kenderaan elektrik (EV) mampu menjadikan alam sekitar lebih bersih.

Namun, isu utamanya ialah kemudahan, tempoh pengecasan serta lokasi yang sesuai untuk kenderaan berkenaan jika pemiliknya mahu melakukan perjalanan jarak jauh.

Bagi memberi kemudahan kepada pemilik, Shell dan Porche Asia Pacific kini bekerjasama dalam menyediakan kemudahan pengecasan di Lebuhraya Utara Selatan.

Menyasarkan perjalanan dari Singapura, Malaysia dan Thailand, Pengecas Berprestasi Tinggi (HPC) yang pertama mula dipasang di hentian Rehat & Rawat (R&R) Tangkak, Johor.

Ia adalah yang pertama daripada 12 pusat pengecasan yang dirancang di lebuh raya itu dengan tempoh masa mengecas lebih pantas dan mudah.

Pengguna yang ingin melakukan pengecasan di rangkaian HPC boleh melakukan pembayaran setiap kali penggunaan (pay-per-use) atau melalui pelan keahlian eksklusif.

PILIHAN pelan pembayaran.
PILIHAN pelan pembayaran.

Pelan ini membolehkan tempahan untuk pengecasan dilakukan menerusi aplikasi atas talian bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Menerusi kerjasama ini, enam stesen Shell akan dipasang dengan pengecas aliran-terus (DC) kapasiti 180 kilowatt (kW) membolehkan pengecasan lebih pantas dilakukan.

Sebagai contoh, model Porsche Taycan iaitu model EV pertama jenama Porsche, ia boleh dicas daripada sifar ke 80 peratus kapasiti bateri dalam tempoh 30 minit.

Menerusi kapasiti 80 peratus bateri itu, ia mampu melakukan perjalanan sehingga 390 kilometer (km) (menerusi ujian WLTP2).

TAYCAN GTS.
TAYCAN GTS.

Ketika tempoh pengecasan, pengguna boleh berehat di kedai Shell Select untuk kesegaran sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

Penyediaan HPC ini adalah sebagai langkah persediaan pengeluar kenderaan global ke arah EV sepenuhnya selain sasaran Shell sendiri melalui strategi 'Powering Progress' dalam mencapai emisi sifar pada 2050.

Untuk Porsche pula, dengan sasaran neutralisasi karbon pada 2030, kerjasama dengan Shell adalah objektif yang selari dengan visi jenama prestasi dari Jerman itu.

Paling utama ialah kelebihan yang bakal dinikmati pemilik kenderaan EV, impian untuk menjelajah ke tiga negara ini bakal menjadi kenyataan dan lebih mudah dilakukan.

PENGECASAN lebih pantas.
PENGECASAN lebih pantas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 6:10 AM