K 1600 GT.
K 1600 GT.
Lizam Ridzuan


BUAT peminat dua roda yang gemar melakukan tunggangan jarak jauh, BMW Motorrad memperkenalkan dua model penjelajahan baharu ke pasaran tempatan iaitu K 1600 GT dan K 1600 GTL.

Motosikal yang penuh dengan ciri mewah serta prestasi ini hadir dengan pilihan warna baharu termasuk edisi khas Option 719 Meteoric Dust.

Ciri lain terkini yang ditawarkan termasuk pelapik pelindung enjin, pelindung angin boleh laras elektrik, lampu hadapan LED sepenuhnya dengan ciri Ikon Cahaya, Lampu Selekoh Adaptif, Lampu Nyalaan Siang (DRL), Lampu Auxiliary LED serta Lampu Ground-Level dan kabus.

Sebagai motosikal penjelajahan, ia dilengkapi dengan meter TFT bersaiz 10.25 inci dengan keterhubungan aplikasi BMW Motorrad Connected serta Bluetooth untuk telefon, muzik dan navigasi menerusi WIFI, selain butang fungsi pilihan mudah akses.

Kedua-duanya dikuasakan enjin 1,649cc enam silinder sebaris sejukan minyak dan cecair.

Enjin ini menawarkan 160 kuasa kuda (hp) pada 6,750rpm dan tork 180Nm pada 5,250rpm dengan kelajuan maksimum sehingga 200 kilometer/sejam (km/j).

Daripada segi penggunaan bahan api, ia mencatatkan sekitar 5.9 liter untuk setiap 100km dengan enjin penarafan EU-5 serta kawalan emisi.

Ia juga hadir dengan transmisi enam kelajuan klac cakera pelbagai pacuan shaft.

K 1600 GTL.
K 1600 GTL.

METER TFT 10.25 inci.
METER TFT 10.25 inci.

BUTANG fungsi pilihan.
BUTANG fungsi pilihan.

ENJIN enam silinder.
ENJIN enam silinder.

Ia dilengkapi suspensi hadapan Duolever BMW Motorrad serta dipadankan dengan suspensi belakang tetuang aluminium lengan ayun tunggal.

Model baharu ini juga dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Integral, tiga mod tunggangan iaitu rain, road dan dinamik.

Selain itu, ia dilengkapi juga sistem bantuan tunggangan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Brek Enjin (MSR) serta Kawalan Pro Permulaan Bukit.

Sesuai dengan tujuan tunggangan jarak jauh, penunggang juga boleh menikmati keselesaan maksimum dengan fungsi pemanas pada pelana dan pemegang (grip), tuil brek dan klac boleh laras serta fungsi sistem kawalan pelayaran.

Varian K 1600 GTL ini dilengkapi Sistem Audio 2.0 dengan fungsi radio, equalizer, pembesar suara hadapan yang bersepadu dengan fairing serta bekas kotak simpanan atas untuk meletak lebih barangan.

Ciri standard lain antaranya ialah penghidup tanpa kunci, sistem kunci pusat, bantuan pro penukar gear dan penggera antikecurian.

BMW K 1600 GT dijual pada harga RM174,500 manakala BMW K 1600 GTL pula berharga RM183,500.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 7:00 AM