BMW S 1000 XR Serba Baharu.
BMW S 1000 XR Serba Baharu.
Lizam Ridzuan

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model BMW S 1000 XR Serba Baharu dan bakal melancarkan jentera 'big-boxer' ikoniknya, BMW R 18 ke pasaran tempatan.

BMW S 1000 XR ialah jentera kembara sport menampilkan beberapa ciri terkini terutama pada bahagian kerangka, tangki bahan api dan komponen ruang tempat duduk untuk posisi menunggang lebih ergonomik.

PANEL meter TFT 6.5 inci.
PANEL meter TFT 6.5 inci.

Antara ciri terbaharu lain pada S 1000 XR ialah:

  • 10 kilogram (kg) lebih ringan berbanding model terdahulu

  • Lampu hadapan dua selari untuk pancaran tinggi, rendah dan parkir, lampu selekoh adaptif dan Lampu Tunggangan Nyalaan Siang (DRL) Pro.

  • Enjin 999 cc yang dipertingkatkan kuasanya kepada 165 Hp dengan kelajuan maksimum 200 kilometer/sejam (km/j)

  • Tork 114Nm dengan penggunaan bahan api 6 liter untuk 100 km.

  • Nisbah gear 4, 5, 6 lebih panjang dengan kawalan tork seretan enjin elektrik (MSR).

  • Empat mod pemanduan Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro boleh dilaras.

  • Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control atau DTC) serta fungsi DTC Wheelie.

  • Paparan meter TFT 6.5 inci dengan operasi menerusi Kawalan Pelbagai Motosikal pada pemegang.

  • BMW S 1000 XR Serba Baharu dijual pada harga RM121,500 (atas jalan tanpa insurans)

    PANEL meter ciri klasik.
    PANEL meter ciri klasik.

    Untuk model BMW R 18 Serba Baharu, ia edisi terhad dan hanya 18 unit ditawarkan di negara ini.

    Ia didatangkan dengan ciri boxer klasik dan logo varian edisi pertama yang diberi kemasan garis jalur halus putih pada warna hitam berkilat menyerlahkan gayanya sebagai jentera cruiser mewah.

    Ia dikuasakan dengan enjin 1,800 cc 'boxer' dua silinder paling berkuasa dihasilkan oleh BMW dengan sejukan udara dan minyak memberikan kuasa tork 158Nm serta kelajuan maksimum 180 km/j.

    EKZOS dan emblem First Edition krom.
    EKZOS dan emblem First Edition krom.

    Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada model ini ialah:

  • Meter kelajuan bentuk bulat dengan paparan pelbagai maklumat

  • Mod tunggangan pro untuk Rock, Roll dan Rain.

  • Penutup tangki boleh kunci

  • Lampu hadapan LED, lampu brek

  • Tunggangan tanpa kunci

  • Sistem cegah kecurian

  • Gear undur

  • Kawalan pelayaran

  • Kawalan Mula Bukit

  • Ketinggian pelana 690 milimeter (mm)

  • Pacuan shaft

  • Transmisi enam kelajuan

    Tangki bahan api 16 liter untuk jarak perjalanan sehingga 290km

  • BMW R 18 Serba Baharu dijual pada harga RM156,500 (atas jalan tanpa insurans)

    BMW R 18 Serba Baharu.
    BMW R 18 Serba Baharu.

    Melalui Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW S 1000 XR Serba Baharu bermula daripada RM1,969 setiap bulan dan BMW R 18 First Edition terbaharu bermula daripada RM2,525 setiap bulan.

    Ia berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun.

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 6:30 AM