SELEPAS NMax dan XMax, kini giliran skuter mewah Yamaha TMax 560 diperkenalkan ke pasaran tempatan seterusnya melengkapi barisan skuter 'Max' di negara ini.
TMax 560 menawarkan ciri tunggangan selesa dan pada masa sama, lengkap dengan elemen mewah sesuai untuk kegunaan urban atau jarak jauh.
Skuter ini dijana enjin 562cc serba baharu DOHC dengan janaan kuasa 47.6 kuasa kuda (hp) pada 7,500rpm dan tork 55.7Nm pada 5,250rpm.
Ia juga dilengkapi panel meter TFT monotone yang memaparkan speedometer, maklumat penggunaan bahan api, D-Mode, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Selain itu, ia datang dengan lampu utama LED kompak, lampu membelok dengan tiga mentol dan panel sisi gaya boomerang.
Buka itu saja, ia dilengkapi pelindung angin larasan elektrik sehingga 135 milimeter (mm), tangki bahan api 15 liter, ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas serta pemanas pada pelana dan pemegang.
Casis aluminium ringan jentera ini juga memudahkan pengendalian manakala brek cakera dwi ABS pula cukup membantu ketika memberhentikan motosikal.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Tech Kamo dan Power Grey. Ia dijual pada harga RM72,288 (atas jalan tanpa insurans).
Selain it,u Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga memperkenalkan dua motosikal berkuasa tinggi baharu iaitu Yamaha MT-09 dan Yamaha Tracer 9 GT Serba Baharu.
Dua model ini bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Ia dilengkapi enjin 889cc tiga silinder dengan Tracer 9 GT bakal dilengkapi dengan meter dwi-paparan TFT .