PILIHAN warna baharu skuter Ego Avantiz.
PILIHAN warna baharu skuter Ego Avantiz.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai pemasang dan pengedar motosikal Yamaha di Malaysia memperkenalkan wajah baharu skuter Yamaha Ego Avantiz.

Ia ditawarkan dengan pilihan warna terkini yang bergaya menerusi Kelabu, Cyan dan Merah dengan corak grafik ranggi.

Skuter ini dijana enjin 125cc Blue Core, sejukan cecair SOHC dan menjana 9 kuasa kuda (hp) pada 8,000 rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500 rpm yang kini mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Ia juga dengan ruang simpanan bawah tempat duduk 14 liter, lampu hadapan LED, meter dengan indikasi tunggangan Eco, sistem kunci parkir keselamatan dan besi pemegang pembonceng.

Ego Avantiz Baharu sudah berada di pengedar Yamaha di seluruh negara mulai semalam dengan harga RM5,998 (atas jalan tanpa inusrans).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 11:27 AM