YAMAHA Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
YAMAHA Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
YAMAHA Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
YAMAHA Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
KHOR (tengah) melancarkan Yamaha Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
KHOR (tengah) melancarkan Yamaha Ego Avantiz serba baru. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan model automatik serba baru, Yamaha Ego Avantiz bersempena Yamaha Automatic World Motorshow di sini, hari ini.

Model yang dijana dengan enjin 125cc Single OverHead Camshaft (SOHC) dengan enjin sejukan udara teknologi Blue Core ini menawarkan tunggangan lebih menyeronokkan dan jimat penggunaan bahan api.

Antara ciri lain pada model baru itu ialah panel meter ECO dengan lampu depan LED, ruang simpanan luas, brek cakera hadapan dan sistem keselamatan kunci parkir.

Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor berkata, model ini mempunyai pelbagai ciri dan rekaan yang menarik untuk keperluan menunggang termasuk rekaan ergonomik bar pemegang keselamatan untuk keselamatan pembonceng.

Harga jualan untuk Ego Avantiz ialah RM5,700 (termasuk GST) dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah dengan jaminan satu tahun atau 10,000 kilometer (Km).

Yamaha Automatic World Motor Show 2016 diadakan dari 22 hingga 24 Julai 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 12:56 PM