PILIHAN warna tersedia.
PILIHAN warna tersedia.
Lizam Ridzuan


PILIHAN warna dan corak lebih segar bagi Yamaha YZF-R15 dan Ego Avantiz menambah pilihan model menarik dalam pasaran tempatan.

Yamaha YZF-R15 sebagai sportsbike kini didatangkan dengan pilihan warna perak dengan rim kuning metalik dan warna sedia ada iaitu Race Blu serta hitam dengan padanan rim hitam.

Jentera yang mula dilancarkan pada 2019 ini mengekalkan kuasa enjin yang sama seperti sebelum ini iaitu 155cc VVA, sejukan cecair, SOHC, silinder tunggal.

Ia menjana kuasa 19.0 PS pada 1,000 rpm dan tork 14.1Nm pada 8,500rpm.

Ia juga dilengkapi brek cakera hadapan bersaiz 282 milimeter (mm), bantuan klac 'slipper', lampu hadapan berkembar dan belakang LED dan meter digital penuh.

Bagi pengendalian lebih baik, ia dilengkapi suspensi hadapan USD teleskopik terbalik, lengan hayun aluminium dan tayar belakang lebih lebar bersaiz 140/70-17M/C 66S.

Bagi pasaran Malaysia, harga jualan asas Yamaha YZF-R15 ialah RM11,988 (atas jalan tanpa insurans).

Skuter Yamaha Ego Avantiz pula didatangkan dengan pilihan warna biru, merah dan hijau matte.

Skuter itu kekal dengan enjin 125cc, sejukan udara empat lejang SOHC. Ia menjana 9.5 PS pada 8,000 rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500 rpm.

Ia tampil menyerlah dengan lampu hadapan LED, brek cakera hadapan, rekaan ekzos bergaya dan ruang simpanan bawah tempat duduk 14 liter.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan asas Yamaha Ego Avantiz ialah RM4,873 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 6:40 AM