PELUMBA Moto3 hadir pada majlis pelancaran motosikal.
PELUMBA Moto3 hadir pada majlis pelancaran motosikal.
Lizam Ridzuan


SELEPAS Eropah dan Filipina, bersempena dengan kejuaraan MotoGP Malaysia 2022, model CFMoto 450SR Serba Baharu diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Motosikal buatan China itu mula dipertontonkan pada Mac lalu sebagai model konsep SR-C21 ciri 'sportsbike'.

Kini, ia jadi realiti malah tampil ranggi dengan elemen prestasi dan teknologi sesuai bagi kegunaan urban, litar dan tunggangan hujung minggu.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba Moto3 Pasukan CFMoto Racing Pruestel GP, Xavier Artigas dan Carlos Tatay yang sudi meluangkan masa selepas sesi kelayakan ujian masa

di Litar Antarabangsa

Sepang (SIC).

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran pemilik motosikal jenama CFMoto di Malaysia pada satu lagi majlis yang diadakan di Putrajaya.

Jentera ini, sebagai motosikal 'all-rounder', disasarkan untuk penunggang lelaki berusia 21 hingga 35 tahun dengan ketinggian sekitar 168 hingga 180 sentimeter (sm) dan berat 66 hingga 80 kilogram (kg).

JENTERA prestasi terkini.
JENTERA prestasi terkini.

CIRI meter TFT.
CIRI meter TFT.

LAMPU LED bergaya.
LAMPU LED bergaya.

Ia dijana enjin 450cc silinder berkembar selari DOHC. Ia menjana 50.5 kuasa kuda (hp) pada 9,500rpm dan tork maksimum 39Nm pada 6,500rpm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.8 saat. Pecutan ini menyamai jentera berenjin 600cc.

Kelajuan maksimum motosikal ini menghampiri 200km/j.

Ia direka dengan ciri aerodinamik untuk prestasi pecutan. Padanan fairing jentera ini juga menyerlahkan gaya sporty.

Ciri lain antaranya ialah, ia datang dengan suspensi hadapan terbalik, brek cakera dengan angkup Brembo dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta meter TFT bersaiz 5 inci.

Berat jentera ini sekitar 168kg dengan kapasiti bahan api 14 liter.

Ia didatangkan dengan pilihan warna Hitam Nebula serta Hitam Zircon.

Ia dijual pada harga RM29,300 dan bakal berada di pasaran pada Mac 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 6:48 AM