GAYA jentera prestasi MotoGP.
GAYA jentera prestasi MotoGP.
NOMBOR siri pengeluaran.
NOMBOR siri pengeluaran.
Lizam Ridzuan


REKA bentuk sporty dan prestasi enjin menakjubkan menjadi ciri utama motosikal segmen supersports Honda Fireblade yang diperkenalkan pada 1992.

Sejak itu ia banyak berubah dari sudut teknologi dan pengendalian untuk jentera sport berenjin 1,000cc dan menjadi pilihan kebanyakan pasukan perlumbaan profesional dunia.

Pada 2020 ia menerima perubahan lebih besar dari segi prestasi dan ciri aerodinamik menerusi teknologi enjin dan casis RC213V-S yang menawarkan ciri motosikal perlumbaan MotoGP sah jalanan.

Untuk menyambut ulang tahun model itu, model CBR1000RR-R Fireblade SP Edisi Ulangtahun ke-30 dilancarkan dan tidak terkecuali untuk pasaran tempatan menerusi Boon Siew Honda memperkenalkannya baru-baru ini.

Menampilkan ciri terkini seperti rim berwarna emas, warna Ulangtahun ke-30 dan logo HRC baharu menyerlahkan gaya.

Ia hadir dengan warna Tricolor Putih Pearl Glare dengan corak direka Hiroaki Tsukui yang bertanggunjawab untuk warna dan grafik keluaran model 1992.

Nombor siri unik dengan cetakan laser logo ulangtahun ke-30 pada tangki bahan api, kunci pintar dan muffler Akrapovic dengan cetakan khas nama model terdapat padanya.

MENYERLAH dengan corak insipirasi model pertama.
MENYERLAH dengan corak insipirasi model pertama.

Skrin meter TFT-LCD 5 inci dengan paparan 'Ring of Fire' ketika butang suis mula dihidupkan juga tersedia.

Model ini dijana enjin 999.9cc, sejukan-air 4 silinder DOHC menjana 214 kuasa kuda (hp) pada 14,500 rpm dan tork 113Nm pada 12,500rpm dengan ciri titanium con-rods, RC213V-S adalah teknologi pengurangan geseran dalaman untuk mencapai prestasi yang memberangsangkan.

Spring muatan dikurangkan untuk Throttle By Wire (TBW) serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) ditambahbaik untuk menawarkan lebih kuasa, cengkaman dan pengalaman tunggangan yang mereka mahukan.

METER TFT termaju.
METER TFT termaju.

Model ini mengekalkan casis bentuk gaya berlian, lengan ayun gaya RC213V-S, six-axis Inertial Measurement Unit (IMU) dan Honda Electronic Steering Damper (HESD) 3 peringkat.

Bahagian suspensi oleh Ohlins Kawalan Elektronik serta brek hadapan dan belakang daripada Brembo.

Untuk lebih prestasi ia menggunakan gegancu dari 40 ke 43 yang meningkatkan daya pecutan pada gear pertengahan sambil mengekalkan rpm-tinggi.

LOGO ulangtahun pada tangki.
LOGO ulangtahun pada tangki.

Untuk pasaran Malaysia Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Edisi Ulangtahun ke-30 dijual pada harga RM208,800 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 6:40 AM