HARLEY-DAVIDSON Street Glide dan Road Glide ST ciri sporty.
HARLEY-DAVIDSON Street Glide dan Road Glide ST ciri sporty.
ROAD Glide ST.
ROAD Glide ST.
Lizam Ridzuan


HARLEY-DAVIDSON menerusi model motosikal segmen 'touring' memperkenalkan Street Glide ST dan Road Glide ST 2022 untuk pasaran Malaysia.

Motosikal yang sesuai untuk penjelajahan jarak jauh ini dijual pada harga bermula RM85,900.

Jentera bercirikan 'screamin eagle' ini disesuaikan untuk kegunaan jalan raya menerusi enjin 117 V-Twin Milwaukee-Eight 1,923cc dengan ciri 'camshaft', 'high-flow intake' dan ekzos berprestasi tinggi.

Ia mampu menjana 106 kuasa kuda (hp) pada 4,750rpm dan tork 172Nm pada 3,750rpm dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 5.7 liter untuk setiap 100 kilometer (km).

Untuk model Street Glide ST, ia sesuai buat penunggang yang mahukan jentera selesa untuk perjalanan jauh sambil melayan selekoh.

Untuk rekaan, ia diserlahkan dengan fairing 'batwing' yang dipasang pada fork.

Cermin pelindung angin profil rendah pula membantu mengurangkan aliran angin kepada penunggang.

Model ini dibezakan dengan model lain menerusi konsol tangki rendah dengan isian bahan api sisi serta pelindung enjin rendah.

KEMASAN gelap STREET Glide ST.
KEMASAN gelap STREET Glide ST.

Sebahagian besar motosikal ini didatangkan dengan warna gelap dan komponen terang membabitkan tiub 'pushrod', pelindung 'tappet' dan sirip silinder enjin.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Black Vivid atau Kelabu Gunship.

Dapra hadapan motosikal juga diberi sentuhan kemasan baharu gaya sporty dan tampak ringan.

Beg sisi saiz panjang standard turut tersedia menggantikan versi 'extended'.

Jentera ini juga dilengkapi pelana tunggal.

DIKUASAKAN enjin 117 V-Twin Milwaukee-Eight.
DIKUASAKAN enjin 117 V-Twin Milwaukee-Eight.

Penyerap hentakan belakang jentera pula dilengkapi ciri larasan prabebanan dan untuk fork hadapan, ia dilengkapi teknologi suspensi dwiinjap lenturan untuk keselesaan dan redaman lebih linear.

Model ini juga didatangkan dengan brek Brembo pautan Reflex. Manakala Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pula adalah ciri standard jentera ini.

Sistem infotainmen Boom dengan skrin berwarna dilengkapi dua pembesar suara dan antena radio yang terlindung menampilkan sisi lain jentera ini.

Bagi Road Glide ST, pacuan enjin dan kemasannya sama dengan Street Glide ST. Ia hanya dibezakan dengan rekaan fairing hadapan gaya 'hidung jerung'.

Pada masa sama, sistem Penambahbaikan Keselamatan Selekoh Penunggang ditawarkan sebagai pilihan kepada pengguna Harley-Davidson yang merangkumi antaranya Brek Pautan Selekoh Elektronik, ABS Selekoh, Kawalan Cengkaman-Selekoh dengan Mod dan Kawalan Gelinciran Seretan Tork.

GAYA sporty dan agresif.
GAYA sporty dan agresif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 6:20 AM