TAMPIL dengan warna baharu Merah Passion.
TAMPIL dengan warna baharu Merah Passion.
Lizam Ridzuan


Sejak dilancarkan pada 2019, Perodua Aruz muncul sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk paling laris di negara ini yang terjual melebihi 60,000 unit.

Bagi mengukuhkan pilihan kepada pengguna, Perodua menawarkan model terbaharu yang diberi beberapa ciri penambahbaikan.

Perodua Aruz 2021 kini dengan ciri baharu dilengkapi pemijak sisi pada kedua-dua bahagian sisi bagi memudahkan urusan keluar dan masuk kenderaan.

Ia juga datang dengan ciri penguncian pintu automatik apabila kelajuan mencapai 20 kilometer/sejam (km/j) dan akan terbuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran.

Warna baharu Merah Passion khusus untuk varian AV menyertai warna tersedia iaitu Kelabu Granite, Biru Electric, Perak Glittering dan Putih Ivory.

Meskipun dengan ciri terbaharu, Perodua Aruz kekal dengan harga sama iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV (semua harga atas jalan tanpa insurans).

ARUZ kini dengan pemijak sisi.
ARUZ kini dengan pemijak sisi.

Melalui tempoh pengecualian cukai jualan enam peratus sehingga 30 Jun ini, harganya berkurangan lebih RM4,000.

Ciri-ciri lain kekal seperti sebelum ini seperti enjin 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i dengan transmisi automatik empat kelajuan dan Eco Idle untuk kecekapan bahan api sehingga 15.6 liter untuk setiap kilometer sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Elemen ruang dalaman yang praktikal juga antara kelebihan model ini dengan nisbah lipatan kerusi baris kedua 60:40 dan ketiga dengan 50:50 bagi disesuaikan dengan keperluan.

Sistem keselamatan dengan enam beg keselamatan dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) serta Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 pada varian AV menerima penarafan lima bintang untuk Program Penilaian Kenderaan Baharu (ASEAN NCAP).

PAPAN pemuka Perodua Arus varian AV.
PAPAN pemuka Perodua Arus varian AV.

Ia juga datang dengan lampu hadapan LED, rim aloi dwitona 17 inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, sistem infotainmen dengan paparan kamera undur.

Untuk varian AV, ia dilengkapi ciri lampu automatik, lampu kabus hadapan, kerusi kulit, HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan (DVR).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 6:54 AM