Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati wanita itu tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Difahamkan, beliau akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

WARTAWAN yang berada di lokasi mendapati pasangan terbabit yang tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.
WARTAWAN yang berada di lokasi mendapati pasangan terbabit yang tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Mahkamah Majistret di sini, sebelum ini, membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan.

Suami isteri yang masing-masing berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk.

Pengarah JSJ Bukit Aman tiba di kediaman Zayn Rayyan

Ibu Zayn Rayyan dibawa keluar selepas 2 jam

Polis bawa ibu ke lokasi Zayn Rayyan ditemui

Kawalan ketat, 2 sekatan menuju ke blok kediaman ibu bapa Zayn Rayyan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2024 @ 10:33 AM