Muhamad Lokman Khairi


Lumut: Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Jumlah mangsa yang terbabit dalam nahas itu masih belum diketahui.

HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut
HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut

Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata, satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke tanah .

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:47 AM