Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

[email protected]

Lumut: Tiga wanita antara 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata bagaimanapun identiti dan butiran lengkap semua mangsa akan dimaklumkan oleh pihak TLDM selain hasil siasatan insiden itu diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kesemua mayat mangsa insiden membabitkan dua helikopter iaitu jenis HOM M5033 dan Fennec M5026 itu dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, di sini sebelum akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh selepas semua waris ahli keluarga mangsa tiba di Lumut.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian sedang dilakukan dengan diketuai oleh TLDM, dibantu polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang membabitkan dua lokasi pesawat terhempas iaitu berdekatan stadium bola sepak dan kolam renang dalam kawasan pangkalan TLDM itu.

"Semua mangsa sudah dibawa keluar (dari tapak nahas berlaku) seterusnya dihantar ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut dan semua mangsa masih lagi di situ. Namun proses bedah siasat kita akan buat di Hospital Ipoh (HRPB).

"Siasatan masih di peringkat awal, dan kita serahkan kepada pihak ATM," katanya dalam sidang media sempena nahas itu di pintu pagar hadapan Pengkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

HELIKOPTER terhempas di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO ihsan pembaca
HELIKOPTER terhempas di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO ihsan pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 2:22 PM