Mendiang Datuk Chua Jui Meng
Mendiang Datuk Chua Jui Meng
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 4.04 petang ini.

Ahli Parimen Segamat, R Yuneswaran dalam facebook rasminya berkata, dia dimaklumkan pemergian Chua oleh anaknya.

"Salam Takziah Kepada Keluarga Datuk Chua Jui Meng. Beliau kembali ke penciptanya pada petang tadi.

"Beliau adalah mantan Menteri Kesihatan, mantan pengerusi Majlis Pimpinan Negari (MPN) Johor (2009-2014) dan Mantan Naib Presiden Keadilan," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran facebooknya berkata, mendiang adalah bekas Menteri Kesihatan yang paling lama berkhidmat iaitu dari tahun 1995 hingga tahun 2004.

"Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga tabah menghadapi ujian ini," katanya. Difahamkan, mendiang dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu berikutan mengalami serangan jantung.

Di bawah kepimpinan mendiang, buat pertama kali PKR berjaya memenangi kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 7:48 PM