Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin


Shah Alam: Bukan tiga tetapi sekurang-kurang sembilan mangsa termasuk penunggang motosikal terbabit dalam tragedi pesawat terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, petang tadi.

Difahamkan seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat.

Turut dipercayai terdapat seorang kenamaan turut berada dalam pesawat malang itu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pesawat itu dari Langkawi menuju ke Subang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 5:05 PM