TYSON mengalami kesakitan sebelum kapal terbang mendarat. FOTO Reuters
TYSON mengalami kesakitan sebelum kapal terbang mendarat. FOTO Reuters
Reuters

New York: Legenda tinju, Mike Tyson memerlukan rawatan perubatan selepas mengalami ulser perut ketika di hujung penerbangan domestik.

"Syukurlah Tyson berjaya bertahan dengan baik," katanya wakilnya kepada pemberita

"Dia mual dan pening akibat ulser yang meletus 30 minit sebelum mendarat. Dia menghargai kakitangan perubatan yang berada di sana untuk membantunya."

Tyson mengambil penerbangan dari Miami ke Los Angeles.

Tyson, 57, dijadualkan kembali bertinju dalam pertarungan dengan Jake Paul pada 20 Julai di Arlington, Texas.

Pertarungan terakhir Tyson (50-6, 44 KO) berlaku pada 28 November 2020, dalam aksi pertunjukan dengan Roy Jones Jr.

Paul (9-1, 6 KO) turut beraksi pada malam itu dan menyingkirkan bekas pemain NBA, Nate Robinson.

Tyson tidak bertarung secara profesional sejak 2005.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 11:57 AM