ABD Rahman mencium anak Muhammad Adam Amsyar sebelum menghembuskan nafas terakhir malam tadi. FOTO Togi Marzuki
ABD Rahman mencium anak Muhammad Adam Amsyar sebelum menghembuskan nafas terakhir malam tadi. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki


Pontian: Pesakit jantung terbalik Mohamad Adam Abd Rahman, 11, yang kisahnya pernah tular dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Pontian 10.30 malam tadi.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Hj Ahmad 11 pagi hari ini.

Allahyarham Mohammad Adam adalah anak bongsu daripada dua beradik yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi.

Kisah Mohammad Adam yang menderita jantung terbalik atau mitral valve atreia pernah tular dua tahun lalu, sehingga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika itu, yang menunaikan impiannya ke Taman Tema Legoland.

Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 48, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Hj Ahmad berkata, anaknya menghidap jantung terbalik sejak usianya satu tahun.

"Arwah (Adam) pernah berkata, jika ditakdirkan meninggal dunia, boleh jumpa dengan Ibu.

"Ibunya (Rafeah Sarijo) meninggal dunia tahun lalu. Apa pun, saya reda di atas pemergian (anak). Semoga Adam dapat bertemu ibunya di sana," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 5:13 PM