JONATHAN, seekor kura-kura gergasi Seychelles. FOTO AFP
JONATHAN, seekor kura-kura gergasi Seychelles. FOTO AFP
Agensi

Washington: Jangka hayat spesies haiwan yang berbeza sudah lama mempesonakan manusia.

Berikut ialah antara haiwan peliharaan tertua di dunia yang meraih pengiktirafan Guinness World Records:

   

Haiwan darat tertua (masih hidup)

Jonathan, seekor kura-kura gergasi Seychelles, adalah haiwan darat tertua yang masih hidup di dunia.

Berasal dari Seychelles, kura-kura itu berasal dari pulau terpencil Atlantik Selatan, St Helena itu dipercayai memasuki usia 191 pada tahun ini.

   

Haiwan hidup paling lama

Haiwan yang paling lama hidup pernah ditemukan adalah kerang Quahog yang dianggarkan berusia 507 tahun.

Ia hidup di dasar laut di luar pantai utara Iceland sehingga diambil penyelidik pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada kajian perubahan iklim.

KERANG Quahog. FOTO Bangor University
KERANG Quahog. FOTO Bangor University

Selepas mengkaji corak pertumbuhan tahunan dalam cengkerang, umur kerang pada mulanya dikatakan antara 405 dan 410 tahun.

Bagaimanapun, menerusi penggunaan teknik pengukuran yang lebih canggih, angka ini disemak semula kepada 507 tahun pada November 2013.

   

Adik-beradik kucing tertua

Tiada pemegang rekod semasa untuk rekod kucing tertua, namun adik-beradik kucing tertua yang masih hidup ialah kembar Pika dan Zippo.

Kucing bersaudara ini mempunyai gabungan umur 42 tahun 354 hari, seperti yang disahkan pada 25 Ogos 2021.

Pika dan Zippo memiliki bulu pendek hitam dan putih, tinggal bersama keluarga Teece di London, United Kingdom (UK).

   

KUCING, Pika dan Zippo.
KUCING, Pika dan Zippo.

Anjing tertua yang masih hidup

Anjing tertua yang masih hidup adalah dari anjing bakadachshund miniatur bernama Funny. Ia berumur 21 tahun 169 hari (seperti yang disahkan pada 12 November 2020).

Jangka hayat anjing baka jenis ini adalah antara 12 hingga 16 tahun.

   

ANJING tertua, Funny.
ANJING tertua, Funny.

Burung tertua

Cookie, burung kakak tua Major Mitchell ialah burung tertua yang pernah hidup. Ia disahkan mati pada 27 Ogos 2016 pada umur 83 tahun dan 58 hari.

   

Burung liar tertua

Seekor albatros (sejenis burung laut) betina bernama Wisdom adalah burung liar tertua di dunia. Hebatnya, pada usia 70 tahun, haiwan itu masih menghasilkan telur.

Anak terbaharunya menetas pada 1 Februari 2021. Ia dianggarkan mempunyai lebih 35 anak sepanjang hayatnya.

   

Primat tertua yang pernah hidup

Cimpanzi bernama Cheeta yang terkenal dengan penampilannya dalam filem Tarzan pada 1930-an dan 40-an, adalah primat tertua dalam sejarah.

Dilahirkan di Liberia, Afrika Barat pada tahun 1932, ia kemudian dibawa ke Amerika Syarikat (AS) pada April tahun sama oleh Tony Gentry.

Selepas kerjaya lakonan yang berjaya, Cheeta 'menikmati' persaraannya di Palm Springs, AS.

Ia meninggal dunia pada Disember 2011 pada usia 80 tahun.

   

CIMPANZI bernama Cheeta. FOTO Guinness World Records
CIMPANZI bernama Cheeta. FOTO Guinness World Records

Mamalia tertua

Spesies mamalia yang paling lama hidup ialah ikan paus bowhead, iaitu spesies tanpa gigi berasal dari perairan Artik dan sub-Artik.

Satu kajian asid amino terhadap ikan paus bowhead dijalankan pada tahun 1999 berdasarkan sampel daripada ikan paus spesies itu yang diburu antara 1978 dan 1997.

Walaupun kebanyakannya dinilai berusia 20 hingga 60 tahun apabila terbunuh, spesimen superlatif yang dianggarkan berusia 211 tahun juga ditemukan.

Memandangkan julat ketepatan teknik penuaan ini, ikan paus bowhead ini mungkin berumur antara 177 hingga 245 tahun.

   

Ikan emas tertua

Melebihi jangka hayat purata spesiesnya iaitu 10 hingga 15 tahun, ikan emas, Tish hidup sehingga 43 tahun. Ia mati pada 6 Ogos 1999.

   

TISH ikan emas tertua. FOTO Guinness World Records
TISH ikan emas tertua. FOTO Guinness World Records

Kuda paling tua

Kuda bernama Billy dilaporkan hidup hingga 62 tahun. Ini adalah umur terhebat yang pernah direkodkan untuk haiwan itu. Ia mati pada 27 November 1822.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 6:31 AM