Agensi

Warsaw: Seorang peluncur berusia 88 tahun di Poland cuba memecah rekod Guinness World Records (GWS) sebagai individu tertua masih aktif dalam sukan kegemarannya itu.

Piotr Dudek dari Gdynia berkata, dia mula terbabit sukan luncur sejak 1981 dan menerima galakan daripada rakannya untuk cuba memecah rekod GWS selepas rekod terdahulu dipegang Charles Johannes Ruijter, 86, pada 2000.

Dudek yang diberi gelaran 'Junior' oleh rakan peluncurnya pada usia 80 tahun, meneliti rekod itu dan mendapati hanya perlu meluncur sekurang-kurangnya sekali selama tiga bulan berturut-turut.

Warga emas itu menyelesaikan keperluan berkenaan pada awal minggu ini.

Datuk Bandar Gdynia menghadiahkan Dudek trofi dan beg penuh barang keluaran tempatan untuk meraikan pencapaian itu.

Sementara itu, Dudek berkata, bukti percubaan rasminya memecah rekod kini diserahkan kepada pihak GWS untuk pengesahan.

PIOTR Dudek (tengah) menerima trofi selepas berjaya menyelesaikan misi untuk pengiktirafan Guinness World Records . FOTO Agensi.
PIOTR Dudek (tengah) menerima trofi selepas berjaya menyelesaikan misi untuk pengiktirafan Guinness World Records . FOTO Agensi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 1:46 PM