IKAN laga banyak peminat.
IKAN laga banyak peminat.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SELAIN kucing, hamster dan burung, ikan laga antara haiwan yang menjadi pilihan masyarakat kita untuk dibela.

Ia bukan sahaja menarik malah tidak memerlukan kos penjagaan yang mahal.

Namun, seperti haiwan lain, ikan laga perlu dijaga dengan sebaiknya kerana ia juga mudah mati.

Untuk memastikan ikan laga terjaga, terdapat beberapa panduan penjagaan yang dikongsikan dilaman sosial.

Antaranya, bersihkan bekas atau akuarium dan semua perhiasan yang baharu dibeli sebelum memasukkan ikan laga bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Saiz bekas atau akuarium untuk memelihara ikan laga adalah bergantung kepada cita rasa anda.

Elakkan membela banyak ikan laga di dalam satu bekas kerana sifatnya yang suka berlawan antara satu sama lain.

Letakkan penghadang jika memelihara lebih daripada seekor di dalam bekas.

CUCI bekas serta perhiasan yang ada secara berkala selain pastikan air sentiasa bersih.
CUCI bekas serta perhiasan yang ada secara berkala selain pastikan air sentiasa bersih.

Untuk hiasan, digalakkan meletakkan pokok hidup seperti kiambang kerana ia bukan sahaja dapat menghasilkan oksigen untuk ikan malah turut membantu menyerap segala kekotoran di dalam air.

Jangan sesekali meletakkan terlalu banyak hiasan di dalam bekas atau akuarium kerana seperti haiwan lain, ikan laga juga mahu bergerak bebas.

Selain itu, bagi memastikan ikan laga sentiasa sihat dan aktif, cuci bekas serta perhiasan yang ada secara berkala selain air sentiasa bersih.

Seterusnya, ikan laga boleh diberi makanan berbentuk palet yang dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil.

Makanan lain seperti cacing kering, jejentik atau cacing beku juga antara makanan yang boleh diberi kepada ikan laga.

Dalam pada itu, ikan laga juga dikatakan alah kepada cuaca sejuk dan paling sesuai di bela dalam suhu bilik.

Jadi, elakkan bela ikan laga di dalam bilik berhawa dingin.

LETAKKAN penghadang  jika memelihara lebih daripada seekor di dalam bekas.
LETAKKAN penghadang jika memelihara lebih daripada seekor di dalam bekas.

POKOK kiambang sesuai dijadikan hiasan.
POKOK kiambang sesuai dijadikan hiasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 6:30 AM