GOPAL Sri Ram. FOTO arkib NSTP
GOPAL Sri Ram. FOTO arkib NSTP
New Straits Times

Kuala Lumpur: Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia tengah hari ini.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta minggu lalu kerana jangkitan paru-paru.

Mendiang yang berusia 79 tahun adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan mengetuai pendakwaan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mengetuai pendakwaan terhadap kes rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 12:52 PM