Norzamira Che Noh


Shah Alam: Litar pintas dipercayai punca kebakaran Wisma Jakel, di Seksyen 7, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian.

"Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis berkenaan," katanya

dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati usaha memadamkan kebakaran masih giat dilakukan sejak jam 7 pagi.

Bangunan berkenaan masih diliputi asap tebal dan anggota bomba dilihat masih berusaha memadam api.

Berita berkaitan:
Jakel Shah Alam terbakar


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 1:59 PM