SONNY bersama ibunya, Jayde FOTO TikTok
SONNY bersama ibunya, Jayde FOTO TikTok
Agensi

Sydney: Usia bayi Australia ini baru sahaja setahun namun dia memiliki berat badan 16.3 kilogram (kg).

Disebabkan mempunyai berat badan berlebihan, Sonny, anak bongsu Jayde Leeder, 42, itu perlu memakai lampin pakai buang untuk orang dewasa.

Sonny dilahirkan Disember tahun lalu dengan berat normal iaitu 4.08 kg.

Dalam satu video dimuat naik di TikTok, Jayde menjelaskan saiz anaknya itu tidak sepadan pinggangnya.

Katanya, ketika hamil doktor bimbang dia menghidap diabetes dalam kandungan atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Ia kerana saiz perutnya dan penurunan berat badan ketara namun pemeriksaan lanjut mendapati dia bebas penyakit itu.

"Ketika dalam kandungan, saiz bayi dalam kandungan selalu diukur lebih besar dalam seminggu atau dua minggu.

"Doktor bimbang dengan saiznya hingga menyangka saya ada GDM, namun tidak.

"Ia secara semula jadi kerana bapanya berasal dari keturunan Rusia, malah anak sulung saya juga lahir dengan berat lebih 4kg jadi keadaan Sonny ini seperti dijangkakan," katanya dalam Daily Star.

Katanya, Sonny sudah pandai merangkak, namun tidak dapat berdiri kerana sendi buku lalinya bermasalah.

"Dia akan menjalani fisioterapi dan mungkin boleh berjalan tidak lama lagi.

"Saya sangat bertuah kerana mempunyai Sonny dalam keluarga kami ini dan tidak sabar melihat dia membesar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 6:30 AM