GAMBAR pemuda yang menggendong datuknya tular di media sosial.
GAMBAR pemuda yang menggendong datuknya tular di media sosial.
Agensi

Taipei: Kerana ingin mendapatkan vaksin, seorang pemuda sanggup menggendong datuknya menuruni bukit ke pusat vaksinasi.

Kegigihannya itu menjadi tular selepas seorang pengguna Facebook Zhang Zhe Yuang dari Keelung berkongsi di laman sosial.

Gambar itu bersama keterangan 'hal yang paling indah untuk dilihat di bumi' mendapat reaksi orang ramai.

Media tempatan melaporkan netizen memuji usaha pemuda itu yang bersusah payah untuk memastikan datuknya yang sudah tua mendapat vaksin.

Zhang berkata, pemuda di dalam gambar itu berusia sekitar 30-an.

Menurutnya, dia tinggal di atas bukit dan jarak ke pusat vaksinasi kira-kira 300 meter.

Zhang berkata, memandangkan kawasan itu agak curam, dia melihat ramai ahli keluarga membantu saudara mereka menuruni bukit.

Katanya, pemuda berkenaan adalah satu-satunya penduduk yang membantu dua ahli keluarganya yang sudah tua.

Katanya, terdapat ramai yang ingin mengurus keluarga mereka tinggal bersama.

"Saya percaya ramai anak muda yang memilih untuk tinggal di Keelung merasakan hal yang sama," katanya.

Pihak berkuasa menetapkan warga tua berusia 85 tahun ke atas berhak menerima vaksin di Keelung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 7:05 AM