ZHANG Zhan. FOTO Agensi
ZHANG Zhan. FOTO Agensi
Agensi

Shanghai: Seorang bekas peguam ditahan dan didakwa di mahkamah di sini kerana melaporkan berita berhubung Covid-19 yang didakwa mengganggu ketenteraman awam.

South China Morning Post melaporkan, keluarga Zhang Zhan hanya dimaklumkan mengenai penahanan wanita itu pada Jumaat lalu, kerana melakukan provokasi.

Tuduhan itu sering digunakan pihak berkuasa dan penahanannya disahkan pendakwa raya di Shanghai Pudong.

Zhang, 37, kini masih ditahan polis daerah itu seperti notis rasmi kepada keluarganya.

"Saya bimbangkan kesihatan dan keadaannya ketika ditahan. Ibunya kini bimbang," kata bapanya yang enggan dikenali.

Katanya, dia dan keluarga tidak dapat berhubung dengan anak perempuannya itu selain tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjamin Zhang keluar dari tahanan.

Zhang dikatakan pergi ke Wuhan ketika wabak itu pertama kali dikesan penghujung tahun lalu.

Dia sering melakukan penstriman langsung di Twitter dan YouTube, aplikasi yang disekat penggunaannya di China.

Zhang menulis artikel yang mengkritik respons pihak berkuasa dalam menangani Covid-19 dan mendakwa kerajaan melakukan penindasan terhadap hak asasi manusia.

Wuhan menjadi pusat meletusnya wabak berkenaan yang kini sudah menular ke lebih 100 negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 4:15 PM