Oleh Esme Johari Wahab

ZHANG

Kuala Lumpur: “Saya tidak akan bertarung andai tidak cukup berlatih,” kata Seah Zhang Yu.

Juara kategori flyweight Kejohanan Penaklukan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MIMMA) 2 itu jelas mempunyai semangat berkobar-kobar menjelang cabaran Grand Final 2015 di Stadium Merdeka, Oktober nanti.

Zhang Yu yang memiliki rekod empat kemenangan dan satu kekalahan dalam MMA, menyifatkan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MMA) menarik dengan cara tersendiri.

Baginya, sukan itu menemukannya dengan ramai rakan baru pelbagai bangsa, latar belakang selain golongan profesional.

“Sukan MMA menyatukan masyarakat kerana semua bangsa beraksi dalam kejohanan yang dianggap masih baru, tetapi diminati ramai.

“Anda lihat peserta membabitkan bangsa Melayu, Cina, India, malah kacukan juga ada dengan mereka semua berpeluang bergelar juara MMA kategori masing-masing,” kata anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang berusia 20 tahun itu.

Zhang Yu berkata, ayahnya sering memberitahu agar meneruskan tradisi keluarga mereka.

“Sukan ini cara kami menjalin persahabatan serta semangat setia kawan, membentuk kefahaman satu sama baik dan membuatkan kami lebih matang.

“Bagi saya MMA bukan sekadar mengetahui peraturan, membuat persiapan diri dan menjelajah ke sana ini tetapi menjadi karier selaku atlet tempur profesional.

“Sudah tentu bersukan adalah cara terbaik menjadi cara terbaik mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 6:45 AM