SELANGKAH lagi buat Zii Jia bergelar juara Seluruh England. FOTO AFP
SELANGKAH lagi buat Zii Jia bergelar juara Seluruh England. FOTO AFP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Hanya selangkah lagi bergelar juara seluruh England apabila jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melakar kemenangan bergaya dengan menewaskan pemain dari Belanda Mark Caljouw.

Jelas sekali Zii Jia yang sebelum ini menerima kritikan terhadap persembahannya kurang bertenaga akhirnya membuktikan dia masih berbisa dengan melakar kemenangan straight set 21-13,21-17.

Zii Jia yang mendapat momentum selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Kento Momoto sebelum ini tidak menghadapi masalah untuk melakar kemenangan pada set pertama.

Pada set kedua pula Caljouw cuba memberi tentangan sengit namun keyakinan yang dipamerkan pemain nombor 10 dunia itu berjaya mengawal perlawanan seterusnya memastikan kemenangan berpihak kepada pemain negara itu.

Menanti jaguh perseorangan negara itu di pentas akhir adalah juara bertahan tahun lalu dari Denmark Victor Axelsen.

Viktor menundukkan rakan senegara, Anders Antonsen 16-21, 21-7, 21-17.

Ia adalah peluang terbaik buat Zii Jia membalas dendam apabila tunduk kepada Axelsen di separuh akhir tahun lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir pemain Malaysia muncul juara Seluruh England adalah menerusi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarainya pada edisi 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 8:44 AM