LEE Zii Jia gagal ke final Terbuka Indonesia apabila tewas di tangan pemain Denmark, Viktor Axelsen di separuh akhir, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
LEE Zii Jia gagal ke final Terbuka Indonesia apabila tewas di tangan pemain Denmark, Viktor Axelsen di separuh akhir, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Jaguh badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terus kempunan untuk meraih gelaran ketiga musim ini selepas tewas di tangan Viktor Axelsen di separuh akhir Terbuka Indonesia, hari ini.

Bermain di Stadium Istora Senayan, Jakaarta, Zii Jia bermula dengan baik apabila berjaya menjinakkan pemain nombor satu dunia itu di set pertama, 21-19, namun terpaksa akur apabila tewas 11-21 di tangan set kedua.

Zii Jia mendahului set ketiga pada awal saingan sebelum Axelsen mempamerkan kebangkitan di pertengahan saingan. Perlawanan menjadi penuh debaran di penghujung set apabila Zii Jia mengejar mata lawan dan terikat 20-20, namun pada akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan Axelsen, 21-23.

Pertembungan antara Zii Jia dan Axelsen ini itu adalah yang ketujuh dengan rekod kemenangan memihak kepada pemain Denmark berkenaan, 5-2.

Pada pertembungan sebelum ini, Axelsen meraih kemenangan 21-19, 21-19 di suku akhir Terbuka Denmark 2021 selepas Zii Jia menumpaskannya di final Seluruh England 30-29, 20-22, 21-9 pada tahun sama.

Axelsen dijadual bertemu sama ada pemain China, Zhao Jun Peng atau Prannoy H S yang dijadual beraksi dalam satu lagi saingan separuh akhir, malam ini.

Sebelum ini, Zii Jia meraih dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand, bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 7:58 PM