KAMALA Harris. FOTO AFP
KAMALA Harris. FOTO AFP
Agensi

Washington: Kemenangan calon presiden daripada Parti Demokrat, Joe Biden menewaskan Presiden Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) turut melakar satu lagi sejarah negara itu.

Ia apabila Senator Kamala Harris bakal menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai naib presiden negara itu, sekali gus jawatan tertinggi bakal dijawat wanita dalam pentadbiran AS.

"Saya mungkin menjadi wanita pertama (sebagai naib presiden), tetapi ia mungkin bukan yang terakhir," katanya ketika berucap pada penampilan di Delaware, seperti dilaporkan AFP.

Rangkaian berita AS seperti CBS, NBC dan CNN melaporkan kemenangan Biden selepas pengiraan undi di Pennsylvania menyaksikan beliau mendahului pengundian antara negeri untuk menentukan pemilihan presiden AS ke-46.

Kemenangan di negeri itu membolehkan Biden meraih 20 undi elektoral sekali gus melebihi 270 yang diperlukan untuk menguasai Rumah Putih.

Biden yang juga bekas naib presiden ketika pentadbiran Barack Obama pada kempennya sebelum ini sudah mengumumkan bahawa Harris akan dilantik sebagai naib presiden sekiranya beliau menang pilihan raya kali ini.

Berita berkaitan:

  • Biden menang pilihan raya, bakal Presiden ke-46
  • Tak mengaku kalah, Trump pergi main golf
  • Penyokong Trump tak mahu terima hakikat
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 10:06 AM