ANTARA penyokong Trump yang berkumpul di Nevada. FOTO AFP
ANTARA penyokong Trump yang berkumpul di Nevada. FOTO AFP
AFP

Washington: Ketika rakyat Amerika Syarikat (AS) gembira dengan kemenangan Joe Biden, penyokong tegar Donald Trump yang tidak mahu menerima kekalahan calon presiden pilihan mereka dengan menuduh berlaku penipuan dan konspirasi dalam pilihan raya.

Di bandar seperti Phoenix, Philadelphia dan Atlanta, kumpulan penyokong setia presiden berkumpul dan membawa kain rentang tertulis #StopTheSteal (berhenti mencuri) sekali gus menuduh Biden menang selepas melakukan penipuan.

Selain itu, penyokong berkenaan memakai topi merah dengan imej Trump, memegang kain rentang dan plakad tertulis 'Stop The Steal' dan slogan: 'Keep America Great'.

Situasi itu tidak ubah seperti keadaan ketika menyaksikan atau menghadiri mana-mana perhimpunan Trump.

Ratusan berkumpul di Phoenix, Arizona, malah ada yang memakaikan anjing mereka dengan baju yang mempunyai imej Trump.

"Saya rasa mereka mengumumkan (keputusan) terlalu awal," kata pesara, Donna McCollum, 77.

Dia menambah; "Lihat semua orang yang ada di sini. Tak mungkin Biden menang di Arizona".

Dua stesen penyiaran sudah meramalkan Biden akan menang di Arizona, tetapi banyak stesen lain yang lebih berhati-hati kerana pengiraan undi masih berlangsung.

Namun, ia tidak penting kerana Biden sudah diumumkan memang 20 undi elektoral di Pennsylvania, sekali gus memperoleh lebih daripada 270 undi elektoral yang diperlukan untuk menguasai Rumah Putih.

Berita berkaitan:

  • Biden menang pilihan raya, bakal Presiden ke-46
  • Tak mengaku kalah, Trump pergi main golf
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 9:12 AM