ISMA mempunyai kemahiran mengubah suai menjadi trak makanan.
ISMA mempunyai kemahiran mengubah suai menjadi trak makanan.
KENDERAAN hibrid dipamerkan di luar bengkel bagi menarik minat pengguna jalan raya.
KENDERAAN hibrid dipamerkan di luar bengkel bagi menarik minat pengguna jalan raya.
Aizat Sharif


ALOR SETAR: Seringkali pengguna jalan raya yang melalui kawasan Kuala Sungai di Jalan Kubang Rotan untuk ke Kuala Kedah di sini, tidak akan terlepas daripada melihat deretan kenderaan unik roda tiga yang diletak di depan sebuah bengkel.

Malah, kenderaan hibrid gabungan motosikal dengan trak kecil buatan China itu turut menjadi tumpuan mereka yang menggunakan jalan itu untuk berhenti serta bergambar dengannya yang lazimnya banyak digunakan di Thailand.

Namun, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Isma Al Cheh Mae, 37, mengambil inisiatif mengusaha dan mereka bentuk konsep kenderaan itu sehingga berjaya menarik perhatian pengguna seluruh negara untuk menggunakannya bagi pelbagai tujuan.

“Ia adalah motosikal elektrik roda tiga dan kenderaan ini buatan China.

ISMA membawa masuk kenderaan hibrid daripada China seterusnya diubah suai sehingga mendapat permintaan daripada PKS.
ISMA membawa masuk kenderaan hibrid daripada China seterusnya diubah suai sehingga mendapat permintaan daripada PKS.

“Saya mengusahakan perniagaan menjual kenderaan ini sejak April 2018. Selain mengurus dan menyelaras tugasan di bengkel, saya juga mengubah suai motosikal elektrik roda tiga ini termasuk mereka bentuknya semula mengikut cita rasa pelanggan,” katanya ditemui di bengkelnya.

Menurut Isma, dia melakukan beberapa pengubahsuaian mengikut cita rasa pelanggan dan setiap satu daripadanya, memiliki keistimewaan untuk membawa muatan masing-masing.

“Lazimnya, kenderaan ini tiba dari China selepas dua hingga tiga minggu tempahan dibuat.

“Di bengkel ini, kami melakukan pengubahsuaian sebelum dijual pada harga RM5,800 hingga RM7,900.

BATERI dipasang pada rangka kenderaan.
BATERI dipasang pada rangka kenderaan.

“Permintaan terhadap motosikal elektrik roda tiga yang diubah suai ini sangat memberangsangkan terutama kepada individu atau syarikat yang terbabit dalam sektor perhotelan, perladangan, pertanian selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Menurut Isma, sebuah daripada motosikal elektrik roda tiga berkenaan diubah suai menjadi trak makanan.

“Pengusaha hotel di Langkawi pula mahukan bahagian belakang kenderaan ini digunakan untuk membawa bagasi atau penumpang.

ISMA dibantu pekerjanya memasang komponen kenderaan hibrid.
ISMA dibantu pekerjanya memasang komponen kenderaan hibrid.

“Malah, bagi industri pertanian dan perladangan, kami ubah suai bahagian belakang kenderaan ini untuk membawa hasil tani seperti buah-buahan,” katanya yang berketurunan Melayu Siam.

Menurut Isma, dia dilahirkan di Arab Saudi selepas ibunya yang pernah bekerja mengurus jemaah haji berkahwin dengan bapanya yang berasal dari Pattani, Thailand di Tanah Suci Makkah.

BAHAGIAN belakang boleh membawa penumpang mahupun bagasi.
BAHAGIAN belakang boleh membawa penumpang mahupun bagasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 8:29 AM