ORANG ramai memakai pelitup muka di daerah pusat perniagaan di Brisbane. FOTO EPA
ORANG ramai memakai pelitup muka di daerah pusat perniagaan di Brisbane. FOTO EPA
AFP

Brisbane: Dianggarkan 10 juta warga Australia dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) untuk susulan penularan Covid-19 di negara berkenaan.

Brisbane menjadi antara empat bandar utama yang dikenakan perintah duduk di rumah.

Sekatan pergerakan selama tiga hari di Brisbane ini bermula petang Selasa selepas arahan sama dikenakan di Sydney, Perth dan Darwin beberapa hari lalu.

"Ini adalah keputusan yang sukar," kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk.

Katanya, sekatan itu terpaksa dibuat di bandar utama selepas ketibaan pengunjung luar negara yang membawa virus itu bersama.

Selain Brisbane, wilayah di persisiran pantai dan bandar kecil di utara iaitu Townsville juga dikenakan arahan sama selepas seorang petugas hospital yang belum divaksin mengembara ke Queensland dalam keadaan positif Covid-19.

Australia berjaya mengekang penularan wabak itu dan kewujudan kluster baharu kini berdepan varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 1:49 PM