SEORANG anggota polis memeriksa rangka bas itu.
SEORANG anggota polis memeriksa rangka bas itu.

Tokyo: Pihak berkuasa berkata, sebuah bas pelancong dalam perjalanan ke sebuah resort ski di tengah Jepun awal pagi semalam tergelincir dan jatuh dari lereng gunung menyebabkan sekurang-kurangnya 14 penumpang maut serta 14 cedera.

Pegawai pengurusan bomba dan bencana berkata, bas itu masuk ke laluan bertentangan di jalan di atas gunung berhampiran pekan peranginan popular, Karuizawa, di Nagano sebelum merempuh penghadang jalan sebelum jatuh.

Bas itu membawa 41 orang termasuk dua pemandu yang bergilir-gilir memandu dalam kejadian awal pagi semalam itu.

Media Jepun berkata, bas itu jatuh tiga meter dari lereng gunung. Keadaan jalan tidak bersalji atau berais ketika kejadian. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 6:54 AM