LEE Chong Wei meraikan kemenangan selepas mengalahkan Kento Momota. FOTO Eizairi Shamsudin
LEE Chong Wei meraikan kemenangan selepas mengalahkan Kento Momota. FOTO Eizairi Shamsudin
Sukan team

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, di Bukit Jalil, hari ini.

Kemenangan 21-17, 23-21 ke atas Momota turut mengakhiri kemenangan 21 perlawanan berturut-turut bagi pemain Jepun itu sebelum ini.

Chong Wei membawa pulang AS$49,000 (RM198,000) hasil kemenangan ini manakala Momota, AS$23,800 (RM96,000).

Gelaran Terbuka Malaysia 2018 adalah yang pertama bagi Chong Wei, musim ini. Kali terakhir Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia adalah pada 2016.

Berikut keputusan akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018:

Perseorangan Lelaki

Datuk Lee Chong Wei (MAS) menewaskan Kento Momota (JPN) 21-17, 23-21.

Perseorangan Wanita

Tai Tzu Ying (TPE) menewaskan He Bingjiao (CHN) 22-20, 21-11;

Beregu Wanita

Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi (JPN) menewaskan Chen Qingchen-Jia Yifan (CHN) 21-12, 21-12

Beregu Lelaki

Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) menewaskan Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) 21-8, 21-10;

Beregu Campuran

Zheng Siwei-Huang Yaqiong (CHN) menewaskan Wang Yilyu-Huang Dongping (CHN) 21-19, 21-18.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 5:34 PM